Sejarah

Sejarah Sekolah Kebangsaan Ampangan


Gambar sekolah sekitar tahun 1979

Sekolah Kebangsaan Ampangan telah wujud sebelum tahun 1887 pemerhatian dan kajian ini dibuat berdasarkan kepada sumber pertama berupa sepucuk surat yang ditulis oleh En. Mohammad b. Mohammad Aris bertarikh 7 Mei 1887, yang isi kandungannya tentang perlantikan beliau sebagai guru di Vernacular School Empangan pada awal penubuhannya sekolah ini telah dikenali sebagai Vernacula School Ampangan. Beliau disahkan dalam jawatan pada 7 Mei 1889 iaitu 2 tahun kemudian berdasarkan
kepada hipotesis berikut menunjukkan Sekolah Kebangsaan Ampangan adalah antara sebuah daripada 3 buah sekolah vernakular yang tertua di Negeri Sembilan.

     
Bangunan lama yang pernah dipinjamkan kepada Maktab
Perguruan Raja Melewar sekitar tahun 1980-an

 Pada Awal penubuhannya sekolah ini mempunyai 41 orang pelajar dengan elaun guru sebanyak 60 Ringgit. Bangunan pertama sekolah vernakular ini dibina oleh penduduk kampung dengan menggunakan atap ijuk, dinding pelepah dan berlantaikan tanah. Namun demikian, pada tahun 1930, Kerajaan British pada masa itu telah merobohkan bangunan tersebut dan mendirikan bangunan baru berbentuk segi empat (sama seperti bangunan S.K Terachi sekarang).


      Semasa era pemerintahan Jepun sekolah ini dijadikan sekolah Bahasa Jepun. Namun apabila kembalinya British ke Tanah Melayu sekitar tahun 1945, Sekolah Ampangan telah berpindah ke surau Besar Tuan Sheikh Abdullah B. Hj Mohd Said di Bt 2 Jalan Jelebu dan selepas sekitar tahun 1947 ia berpindah semula ke Ampangan dua tahun kemudian.

Bangunan Sekolah


        Bangunan lama Sekolah Kebangsaan Ampangan ini sama dengan bangunan lama yang terdapat di Sekolah Kebangsaan Terachi sekarang. Semasa pendudukan Jepun di tanah Melayu, Sekolah ini dijadikan Sekolah Bahasa Jepun. Namun begitu agak malang bagi generasi baru, kerana pada ketika itu banyak dokumen dan maklumat yang telah dimusnahkan dan hilang.

     Apabila British kembali ke Tanah Melayu pada awal September 1945, Sekolah ini dipindahkan ke Surau Besar Tuan Sheikh Hj Abdullah Hj Mohd Said di Bt 2, Jalan Jelebu. Dua tahun kemudian Sekolah Kebangsaan Ampangan dipindahkan semula ke Ampangan.

     Berdasarkan maklumat yang diperolehi pada tahun 1975 lot bangunan blok C iaitu bangunan yang menempatkan bilik guru dan kelas tahun 6 telah dibina. Manakala bangunan lama yang binaan kayu yang dibina pada tahun 1964 pernah dipinjamkan untuk kegunaan para pelatih guru Maktab Perguruan Raja Melewar.Terdapat sebuah lagi bangunan yang kini menempatkan bangunan Pra Sekolah, bengkel, kelas Bahasa Cina, kelas J-Qaf dan kelas tahun 5 Efektif telah dibina sebelum perang dunia kedua.

Murid - murid tua Sekolah Kebangsaan Ampangan
Gambar sekitar tahun 1959


8 comments:

Anonymous said...

lama betullll...

Helmy said...

Tau takpe....

aisyah said...

tahun 1989... saya baru darjah 1. rindunya :D

badrul said...

1981,bru 6 thun..spe yg skolah sni pda thun ni mst kenal arwah abah sya

Safwan sahat said...

1986 -1991 darjah 1 - darjah 6.. moments..

Unknown said...

Wow Lamanya!!

Anonymous said...

Sy 1981-1986

Anonymous said...

Ohh patutlah cikgu aku kene tengok sejarah ska ni ni sekolah saye tau sekarang sekolah ni jadi cantik bangunan dalam gambar tu pun masih ade kat sekolah saye