Latar Belakang
Sekolah
Kebangsaan Ampangan terletak empat kilometer dari Bandar Seremban. Merupakan
salah sebuah sekolah tertua di Negeri Sembilan. Terletak di Jalan Kuala Pilah –
Seremban, berhampiran dengan Sekolah Menengah Seri Ampangan, Sekolah Menengah
Teknik Ampangan ,Sekolah Menengah Teknik Tuanku Jaafar dan Pejabat Pelajaran
Daerah Seremban.
Sekolah
Kebangsaan Ampangan telah wujud sebelum 1887. Hipotesis ini dibuat berdasarkan
sumber pertama berupa sepucuk surat yang ditulis oleh En.Mohammad b Mohammad
Aris bertarikh 7 Mei 1887 tentang pelantikan beliau sebagai guru Vernacular
School Empangan (SK.Ampangan).
Vernacular School of Empangan
mempunyai 41 orang murid. Kesimpulannya, pada tahun 2013 ini Sekolah Kebangsaan Ampangan
sudah berusia 126 tahun.
Sekolah Kebangsaan Ampangan kini mempunyai 1000 orang murid yang mana sebahagian besar pelajarnya terdiri dari murid melayu dan 5 orang murid terdiri dari lain lain bangsa.
Bangunan sekolahnya telah mengalami beberapa kali pengubahsuaian dan pembinaan struktur baru dan terdapat beberapa unit - unit baru untuk kemudahan pelajar dan kakitangan sekolah.

1 comment:
Saya pernah belajar di sini... terasa teruja
Post a Comment