Pengenalan

Latar Belakang
Sekolah Kebangsaan Ampangan terletak empat kilometer dari Bandar Seremban. Merupakan salah sebuah sekolah tertua di Negeri Sembilan. Terletak di Jalan Kuala Pilah – Seremban, berhampiran dengan Sekolah Menengah Seri Ampangan, Sekolah Menengah Teknik Ampangan ,Sekolah Menengah Teknik Tuanku Jaafar dan Pejabat Pelajaran Daerah Seremban.

Sekolah Kebangsaan Ampangan telah wujud sebelum 1887. Hipotesis ini dibuat berdasarkan sumber pertama berupa sepucuk surat yang ditulis oleh En.Mohammad b Mohammad Aris bertarikh 7 Mei 1887 tentang pelantikan beliau sebagai guru Vernacular School Empangan (SK.Ampangan).

Vernacular School of Empangan mempunyai 41 orang murid. Kesimpulannya, pada tahun 2013 ini Sekolah Kebangsaan Ampangan sudah berusia 126 tahun.

Sekolah Kebangsaan Ampangan kini mempunyai 1000 orang murid yang mana sebahagian besar pelajarnya terdiri dari murid melayu dan 5 orang murid terdiri dari lain lain bangsa.
Bangunan sekolahnya telah mengalami beberapa kali pengubahsuaian dan pembinaan struktur baru dan terdapat beberapa unit - unit baru untuk kemudahan pelajar dan kakitangan sekolah.